Ciri putaran Zuhal

Oleh kerana Zuhal tidak berputar pada paksinya pada kadar sekata, dua tempoh putaran telah digunakan baginya, sama seperti kes Musytari: Sistem I mempunyai tempoh 10 jam 14 minit 00 saat (844.3°/d) dan merangkumi Zon Ekuatorial, yang menjulur dari hujung utara Ekuatorial Selatan sehingga hujung selatan Ekuatorial Utara. Semua latitude lain Zuhal telah diberikan tempoh putaran 10 jam 39 minit 24 saat (810.76°/d), yang merupakan Sistem II. Sistem III, diasaskan pada pancaran radio dari planet, mempunyai tempoh 10 jam 39 minit 22.4 saat (810.8°/d); kerana ia amat hampir kepada nilai Sistem II, ia telah digantikan secara menyeluruh.

Apabila menghampiri Zuhal pada tahun 2004, kapal angkasa Cassini mendapati bahawa putaran radio Zuhal telah meningkat sedikit, kepada anggaran 10 jam 45 minit 45 saat (± 36 s). Punca sebenar perubahan tersebut tidak diketahui.